Dec 13, 2010

Lebah

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu , dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia". 
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari badanmu minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(Surah Al-Nahl ayat 68-69)

Dec 3, 2010

Perjalanan


masih jauh lagikah atau sudah dekat perjalananku ini?

sudah penuhkah atau masih kempis lagi kantung bekalanku?

sudah sediakah daku atau masih lagi hanyut dibuai nyanyian fana?

sudah bersihkah diri ini atau masih lagi bersalut lumpur dunia?