Dec 13, 2010

Lebah

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu , dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia". 
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari badanmu minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(Surah Al-Nahl ayat 68-69)

Dec 3, 2010

Perjalanan


masih jauh lagikah atau sudah dekat perjalananku ini?

sudah penuhkah atau masih kempis lagi kantung bekalanku?

sudah sediakah daku atau masih lagi hanyut dibuai nyanyian fana?

sudah bersihkah diri ini atau masih lagi bersalut lumpur dunia?
 

Nov 28, 2010

Tergantung di hujung masa




"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."(Surah Al-Asr)

Nov 24, 2010

Aki

Sedar tak sedar pokok2 kembali menggugurkan dedaunnya setelah hampir 4 bulan menahan kepanasan natsu(summer).
Alhamdulillah,diri ini masih lagi dapat menghirup udara Aki(musim luruh) yang dinginnya semakin hari semakin ghairah mencengkam tubuh si hamba yang kerdil ini.
Apakah masih ada Aki untuk ku selepas ini?
 Apakah akan terhampar lagi dedaun kuning untuk ku?



Sesungguhnya Engkaulah yang lebih Mengerti wahai Sang Pencipta.........

Nov 18, 2010

Bingkisan EidulAdha




Sedar x sedar dah 22 thn aku smbut Eiduladha n ni kali ke 3 aku 'berqurban' di negara matahari terbit...fuhhh..lama jgk.kalau ikut adat umur manusia,1/3 has gone.......
tp sejauh manakah aku telah memahami erti pergorbanan??Hanya Allah Maha Mengetahui....

Nov 5, 2010

Sesetia Usia

wajahku tidak lagi sekacak dahulu 
tubuhku tidak lagi segagah mula
langkahanku lemah tanpa si tongkat membantu
namun cintaku pada mu tiada akhirnya..


p/s:kdg2 menjiwangkn diri ni besh jgk.hikhik..



Sep 22, 2010

Layu

   

pabila si bunga melayu,
masih ada lagikah sang kumbang menagih madu......



Sep 17, 2010

AidilFitri Sang Perantau

Masuk thn ni.ni kali ke-3 aku bertakbir raya kt negara sang samurai.huhu...tp sbb kt cni rmai Malaysian y dtg kje@study,so xde la trasa sgt homesick tu.hehehe..
pelajar2 Kurume National College of Technology


big boss y ensem..akmal..
muka tahan nangis di pagi raya..helmi..


farid kamil versi Dungun..Din..
senyum  seorang perantau..hannan..
Imam Besar Kurume..Pilus..

nak balik.huaaaa....mado..
 ayah..cpt laa..sya pon nk jgk..(i like dis pic)

riang ria hari raya..
Syafiq Nazhan..
sape ni???





























Sep 5, 2010

Fitrah Kehidupan

"Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya." (Surah Yassin ayat 36)
So,pandai2 la kita pilih pasangan hidup..jgn sampai pasangan yg kita pilih tu mengheret kita ke jalan y gulita..

Sep 2, 2010

Lonely

                             credit to Osaka's top model..Azizey(bukan nama sebenar)

harapan

                                    apakah masih ada hari esok untuk ku.....

Aug 20, 2010

Sentuhan Ajaib

Artikel ni aku juz copy&paste dri sa2 website mse tgh lpk2 tngu msu waktu berbuke..sa2 amalan y amat dititikberat oleh Rasulullah S.A.W tp dipandang remeh oleh umat skrg.....


Seorang professor fizik di  Amerika Syarikat telah  membuat  satu  kajian tentang  kelebihan  solat  berjemaah  yang disyariatkan dalam Islam.  Katanya tubuh badan  kita mengandungi dua cas elektrik  iatu  cas positif  dan cas negatif.
 
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
 
Dalam proses  pembakaran  tenaga,  banyak berlaku  pertukaran  cas  positif  dan  cas  negatif,  yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
 
Ketidakseimbangan  cas dalam  badan  menyebabkan kita rasa letih  dan lesu  setelah  menjalankan  aktiviti seharian.
 
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
 
Berkaitan dengan solat berjemaah,   timbul persoalan   di minda professor ini   mengapa   Islam  mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu  yang  didirikan  orang  Islam  mempunyai  bilangan rakaat yang tidak sama.
 
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak  menyeimbangkan cas-cas dalam badan  kita.  Semasa  kita solat  berjemaah,  kita  disuruh  meluruskan  saf, bahu  bertemu   bahu  dan  bersentuhan tapak  kaki.   Tindakan-tindakan  yang  dianjurkan  semasa  solat  berjemaah   itu   mempunyai  berbagai  kelebihan.
 
Kajian  sains  mendapati   sentuhan  yang  berlaku  antara  tubuh kita  dengan   tubuh  ahli  jemaah  lain yang  berada di kiri dan  kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.
 
Ia berlaku  apabila cas  yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan  ditarik  ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.
Ketika ini  tubuh  kita mengandungi  cas-cas  positif  dan negatif  yang  hampir  seimbang.   Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit  lagi proses  pertukaran  cas agar  keseimbangan penuh  dapat dicapai.   Sebab itu,  solat Subuh didirikan 2 rakaat. 
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali  tidak stabil  akibat kehilangan cas lebih  banyak  daripada  tubuh.  Oleh itu,  kita  memerlukan  lebih  banyak  pertukaran cas. 
Solat  jemaah yang disyariatkan  Islam  berperanan  untuk  memulihkan   keseimbangan  cas-cas  berkenaan.   Sebab itu,   solat  Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. 
Banyak tenaga  dikeluarkan  ketika  menyambung  kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.  Seperti mana  solat Zohor,  4 rakaat  solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. 
Lazimnya,  selepas  waktu  Asar  dan  pulang  dari   kerja   kita  tidak  lagi  melakukan  aktiviti-aktiviti yang  banyak  menggunakan  tenaga.  Masa  yang  diperuntukkan pula tidak begitu lama.  Maka,  solat  Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. 
Timbul  persoalan  di fikiran  professor  itu tentang  solat  Isyak  yang mengandungi  4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam  kita  tidak   banyak   melakukan  aktiviti dan  sudah   tentu  tidak  memerlukan  proses  pertukaran cas yang banyak. 
Setelah kajian lanjut,  didapati  terdapat  keistimewaan  mengapa Allah  mensyariatkan  4  rakat  dalam  solat Isyak. Kita  sedia  maklum,  umat  Islam  amat  digalakkan untuk  tidur  awal agar  mampu  bangun  menunaikan  tahajjud  di sepertiga malam.  Ringkasnya,  solat   Isyak  sebanyak  4 rakaat itu  akan  menstabilkan  cas  dalam  badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). 
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama  yang l engkap  dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai  hikmah ynag tersirat untuk  kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan  betapa  kerdilnya  diri dan betapa  hebatnya  Pencipta alam ini.  Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Sekian untuk renungan kita bersama...

Aug 14, 2010

Senja di Kurume

Dan suatu tanda(kebesaran Allah)bagi mereka adalah malam;
Kami tanggalkan siang dari (malam)itu,
maka seketika itu mereka (berada dalam) kegelapan...(Surah Yaasin:37).
dan matahari berjalan di tempat peredaranya(orbit).
Demikianlah ketetapan(Allah)Yang Maha Perkasa,Maha Mengetahui...(Surah Yaasin:38)

Aug 8, 2010

Bila Si Api menari








gambar2 hanabi taikai(festival bunga api)kt sebelah kousen aku..bes jgk la sbb hanabi taikai ni antara yg tbesar kt jepun..gambar byk giler amik tp yg btol2 aku puas ati......hampeh.....